Politeknik Muadzam Shah sekali lagi diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia yang disertai oleh 230 peserta bari-bari ini. Turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah peserta dari Indonesia dan Filipina.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori peserta Institut Pengajian Tinggi (IPT), Politeknik Malaysia, sekolah rendah dan menengah serta terbuka. Bagi catur diperingkat politeknik pula, inilah saluran atau peluang untuk menengahkan bakat pelajar yang hebat dalam permainan catur agar dapat mereka mewakili IPT ke pertandingan catur di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sambutan dari dalam dan luar negara sangat menggalakkan dan ini menggambarkan satu senario baru dalam sukan catur di peringkat IPT di negara kita. IPT yang mengambil bahagian termasuk UNiversiti Malaya, UPNM, USM, UIAM, UPSI, UKM dan Kolej Mara Banting.
Penganjur juga menyelitkan kategori peringkat sekolah bagi memberi pendedahan intensif disamping menyuburkan budaya meminati sukan catur di kalangan generasi muda.
Peserta dari Filipina mendominasi peringkat akhir dengan menguasai tempat pertama hingga tempat keempat kategori terbuka manakala Politeknik Merlimau, Melaka menguasai dalam kategori politeknik.
Juara bagi kategori sekolah rendah pula dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis. Tahniah diucapkan.